Tuesday, January 7, 2014

                                                       

                                                      WELCOME BACK!!

                                        SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
                                             SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang mengikuti laman blog SKLS kami. Selamat Tahun Baru juga kami ucapkan semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menjanjikan sesuatu yang gemilang dan yang lebih berjaya dari tahun yang sebelumnya. Tahniah kepada semua murid - murid SKLS kerana dapat kembali ke sekolah serta jangan lupa tanamkan azam dan semangat baharu kali ini. Perbaiki segala kelemahan dan berusaha lebih gigih untuk mencapa kejayaan. Okey...?
     
       PSS SKLS pada tahun ini juga telah merancang sesuatu...apa tu?? Kini pihak pentadbir dan AJK Kerja PSS akan membuat penambah baikan dari segi keceriaan perpustakaan. Iaitu pada minggu persekolahan kali ini perpustakaan di dalam proses mengubahsuai kedudukan dan bilik. Ini bertujuan memberi keselesaan dan ruang yang lebih kondusif kepada semua pengunjung perpustakaan. Insyallah mesyuarat kali PSS akan kami paparkan perancangan Tahun 2014. Semoga apa yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan. Baiklah, jumpa lagi di lain entri.


________________________________GPM SKLS__________________________________