Tuesday, March 29, 2011

MINGGU ICT 2011

MINGGU ICT 2011 PERINGKAT SEKOLAH 
SEK. KEB. LUI SELATAN (f) AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT.

TARIKH: 4/4/2011-8/4/2011 (ISNIN HINGGA JUMAAT)
TEMPAT: SEK. KEB. LUI SELATAN(f)
AKTIVITI: 
- JEJAK MAKLUMAT ICT
- KUIZ ICT
- KURSUS DALAMAN (GURU & STAF)
- PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA ICT
- PELANCARAN MAJLIS PENUTUP IALAH PADA HARI JUMAAT.
SEMOGA MINGGU ICT YANG DIRANCANG INI AKAN BERJALAN LANCAR DAN SEMPURNA. 
 

Apa Khabar PSS SKLS?

Alhamdulillah..banyak perancangan yang telah dibuat oleh warga PSS SKLS. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Untuk pengetahuan umum, PSS telah berpindah ke tempat baru. Iaitu turun setingkat, kalau dahulunya PSS berada ditingkat 3 bangunan sekolah tetapi kini telah berada di tingkat 2 pula. Aktiviti mengemas bahan bacaan, perabot dan peralatan lain juga memakan masa dan tenaga. Justeru jutaan terima kasih kepada semua warga guru dan penjaga yang turut serta dalam aktiviti gotong-royong memindahkan PSS ke tempat baru. Semoga berkat usaha kalian semua akan membuahkan hasil yang terbaik kepada PSS dan kecemerlangan murid-murid SKLS. PSS Cemerlang, PSS Gemilang Sekolah Terbilang. Insyallah. Rezeki PSS berpindah ke tempat baru, PSS SKLS telah mendapat sumbangan dari YB. Parlimen Jelebu iaitu YB. Dato' Seri Utama Dr. Raes Yatim berjumlah RM5000. Semoga dengan sumbangan beliau akan membakar semangat dan memberi motivasi kepada warga  SKLS untuk meningkatkan lagi kecemerlangan PSS SKLS. Ribuan terima kasih di atas sumbangan dato'. Pihak PSS akan berusaha memberikan yang terbaik ke arah kecemerlangan murid-murid dan kegemilangan PSS SKLS.

Selamat Tahun Baru 2011

Meskipun ada yang mengatakan bahawa sekarang sudah melepasi suku pertama tahun 2011, namun kita semua perlu ingat bahawa kita juga perlu berusaha untuk melakukan yang terbauk sepanjang tahun. Dan jadikan setiap hari sebagai tahun baru bagi kita. Tahun ini amat diharapkan agar dapat melakukan lebih banyak pembaharuan dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek. Insyallah. Good Luck PSS SKLS!!