Wednesday, September 1, 2010

TAHNIAH PUSAT SUMBER SK. LUI SELATAN (f)

Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada semua Warga SKLS kerana PSS kita telah pun pantau oleh pegawai Pusat Kegiatan Guru Lui dan telah pun mendapat pengredan. PSS SKLS sepatutnya dijadualkan akan dilawati oleh PKG semalam, namun disebabkan kekangan masa maka hari mereka hadir. Tahniah kepada GPM PSS SKLS iaitu Pn. Noor Azlin bt Idris kerana bertungkus lumus membuat penambah baikkan serta team PSS kerana memberi kerjasama yang jitu. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dan dibuat penambaikan lagi. PSS SKLS telah mendapat markah pengredan 91.5% Satu peningkatan yang cukup baik berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 84.2% sahaja. Untuk mengekalkan prestasi sebegini memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak dan berkesinambungan. Justeru, diharapkan kepada warga SKLS terus mengekalkan Gred A PSS kita dan harapan aga kita semua akan terus CAKNA PSS. Insyallah. Tahniah!