Thursday, August 26, 2010

PENGREDAN PSS 2010

          

Salam 1 Malaysia buat semua... bertemu lagi..sengaja saya kumpulkan banyak perkara untuk berkongsi dengan pembaca sekalian. Pengredan PSS 2010 telah pun bermula dan PSS SKLS akan dilawati oleh Pegawai PKG pada 1 September 2010 nanti. Jadi semua guru PSS bertungkus-lumus membuat persediaan dan untuk menceriakan serta memperlengkapkan apa yang kurang. GPM PSS SKLS iaitu Pn.Noor Azlin adalah peneraju utama PSS mengharapkan semua warga sekolah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai perkara. Alhamdulillah, sehingga hari ini semua dalam keadaan baik serta guru-guru SKLS sememangnya sporting dan sepakat. Tahniah kepada semua rakan-rakan guru dalam menjana kecemerlangan PSS serta Guru Besar kami yang banyak juga menyumbang idea serta pandangan bernas dalam menceriakan PSS SKLS.

Ahlan Ya Ramadhan 2010

 Salam sejahtera buat semua pembaca sekalian...harapan kami agar semua warga SKLS khususnya sihat dan bertenaga dalam menjalani ibadah puasa. Justeru, walaupun Ramadhan sudah tinggal 2 minggu sahaja lagi di sini kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa dan tak lama lagi..Selamat Menyambut Hari Raya. Semoga ibadah kita semua pada kali ini membawa seribu keberkatan dna lebih baik dari yang sebelumnya serta kita semua sama-sama meraikan Hari Raya yang bakal menjelang Insyallah.