Friday, July 23, 2010

Hari Kantin@Kokurikulum SK. Lui Selatan 2010

Pada 21 Julai yang lepas, SKLS telah pun menjayakan satu program besar sekolah iaitu Hari Kokurikulum. Ia diadakan pada hari Rabu bersempena hari kegiatan kokurikulum murid-murid. Program ini melibatkan semua warga SKLS dan ia terbuka kepada semua penduduk Felda Lui Selatan amnya. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sememangnya meriah. Meskipun sekian lama sekolah tidak mengadakan hari sambutan sebegini, namun ia diterima baik oleh semua pihak. Pada Hari Kantin ini diadakan pelbagai gerai jualan dan gerai pameran. Ia melibatkan semua murid-murid sekolah dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Pelbagai kerenah dan gelagat guru dan semua warga felda yang datang memeriahkan Hari Kantin ini. Di awal pagi (8.00pg) dimulakan dengan senamrobik dan poco-poco oleh Kelab Senamrobik anak muda Felda Lui Selatan, pelbagai gelagat dilihat.Gerai jualan melibatkan Kelas PPKI, Kelas Pra, PIBG serta kelab dan persatuan. Ia memberi peluang kepada murid berdikari juga melatih mereka melakukan urusniaga dan mengendalikan gerai jualan. Antara lain juga, gerai pameran turut mendapat sambutan hangat. Contohnya Pameran Kesedaran Alam Sekitar, Aman Palestin, Pameran Kesihatan, Pameran AADK, Pameran Pertanian, Suruhanjaya Pilihanraya dan Pameran TM Streamyx. Para belia dan anak muda berpeluang untuk mendaftar sebagai pengundi di sini. Pihak sekolah berharap akan dapat meneruskan program ini pada akan datang. Selamat maju Jaya!