Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010




Dikesempatan ini kami warga PSS SKLS...mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada rakan-rakan guru khasnya di SK Lui Selatan(f)..Semoga amal bakti yang dicurah dan ditabur ini diberkati Ilahi dan mendapat keberkatan...Jadilah guru yang menjadi INSPIRASI kepada anak-anak bangsa kita..kerana kitalah contoh terbaik untuk mereka..ini kerana dalam ajaran guru ada harapan..dalam tegurnya ada doa..dalam marahnya guru ada sayang..dalam tawanya ada kemesraan..dalam diamnya ada bijaksana dan dalam alunan suara serta tunjuk ajar kita TERBINANYA mereka..Bersyukur, berbahagialah dan bertuahlah kita kerana menjadi guru..be a gud TEACHER!

ANUGERAH NILAM BULANAN

 Salam 1 Malaysia buat semua warga SK. Lui Selatan khasnya...dan buat semua pembaca sekalian...laman blog PSS SKLS sudah hampir 2 bulan tiada entri baru..ini disebabkan banyak kekangan dan tiada waktu luang untuk bersama pembaca sekalian...namun, pihak PSS akan cuba memaparkan informasi terbaru tentang PSS SKLS dan berita sana- sini. Pada 3Mei yang  lepas Guru NILAM sekolah iaitu Pn. Junaina bt Basiran telah mengumumkan murid-murid yang telah berjaya mencapai Tahap Jauhari dan Jaguh NILAM bulan Mac dan April. Antara murid yang mendapat Jauhari NILAM ialah tahap satu adik Nur Alia Athirah bt. Mohd. Khairi dan adik Nurul Adilah bt Ahmad Wahid. Manakala tahap dua pula ialah adik Nur Syazlin bt Suda, adik Nur Syazana bt Suda, adik Siti Nuramira bt Masbah. Kelas yang paling banyak membaca dan meminjam pula dimenangi oleh Tahun 4Arif dan 6Arif. Tahniah kepada semua murid yang terpilih. Harapan kami semua agar murid-murid sentiasa mengamalkan budaya membaca dan mempunyai semangat berlumba-lumba untuk menjadi murid yang cemerlang dan berilmu pengetahuan. Ini kerana membaca adalah pintu ilmu dan kejayaan. Jadi teruskan membaca, jangan lupa rekodkan bacaan anda dalam Buku Rekod NILAM dan rajin-rajinlah mengunjungi Perpustakaan SKLS. Selamat Maju Jaya!