Wednesday, February 24, 2010

Program Laluan Iqra' 2010




Salam 1 Malaysia buat semua...PSS kali ini telah mengadakan aktiviti sulungnya dengan melaksanakan Program Laluan Iqra'" Pada tahun 2010 banyak aktiviti serta proram telah diatur dan disusun oleh PSS dan Program Laluan Iqra' telah pun bermula pada minggu pertama persekolahan 4 Januari 2010. Aktiviti ini melibatkan murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Ia bermula pada pukul 7.10 hingga 7.35 pagi. Murid hendaklah berada di tapak perhimpunan pada waktu tersebut dan bahan bacaan akan disediakan oleh Pustakawan yan dilantik. Pada awal Februari murid telah diberi penerangan tentang bacaan mereka. Bagaimana hendak merekodkan bacaan mereka ke dalam Buku Rekod NILAM. Buku Rekod NILAM telah dijual kepada murid melalui guru kelas masing-masing. Program ini telah dipimpin oleh Guru NILAM sekolah iaitu Pn. Junaina bt. Basiran. Harapan beliau agar program akan memberi manfaat kepada semua murid.