Wednesday, February 24, 2010

Apa kata Cikgu..Penyelaras PSS Sk. Lui Selatan...

Assalamualaikum pada semua..segala pujian hanya bagi Alah Tuhan sekalian alam. SYukur dipanjatkan ke hadrat Ihali kerana dengan dirinya laman blog PSSSKLS telah berjaya dibina..
Saya sebagai Penyelaras PSSSKLS merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah atas peluang yang diberikan dalam usaha menerbitkan laman blog PSSSKLS ini. Di samping itu tidak lupa juga terima kasih kepada semua warga guru yang terlibat secara langsung atau tidak dalam usaha memberi idea, pandangan, komentar dan sebagainya. Komitmen dan inisiatif bagi menghasilkan gerak kerja yang bersepadu yang ditunjukkan amat dihargai sehingga ia membuahkan hasil yang baik sepertimana yang diharapkan.
Untuk itu, saya berharap agar dengan adanya laman blog PSS ini akan menjadikan PSSKLS kesinambungan untuk menghasilkan idea yang lebih kreatif dan dapat mencerna minda serta ilmu pengetahuan yang tinggi. Saya berharap laman ini dapat menjadi penyumbang kepada ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah khasnya dan masyarakat umumnya.
Akhir kata, terima kasih kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam menghasilkan blog PSSSKLS. Semoga segala usaha dan niat yang ikhlas dalam menjayakan blog ini akan mendapat keberkatan Allah ta'ala..Insyallah. PSS CAKNA BUKU JANA ILMU!!